Dua kapal tangki bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang

Agensi
Januari 4, 2017 13:50 MYT
Dua kapal kontena bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang menyebabkan 300 tan minyak tumpah. - Gambar hiasan
Dua kapal kontena yang masing-masing didaftarkan di Singapura dan Gibraltar bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru menyebabkan 300 tan minyak tumpah di perairan sekitarnya,
Dalam satu kenyataan media, Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata pihaknya dimaklumkan mengenai pelanggaran antara kedua-dua kapal kontena tersebut oleh Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) pada kira-kira 11.50 malam pada Selasa.
Kedua kapal kontena itu memiliki pendaftaran Singapura WAN HAI 301, dan Gibraltar APL DENVER
MPA dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, salah satu daripada tangki kontena di APL DENVER dilaporkan mengalami kerosakan dan menumpahkan kira-kira 300 tan minyak.
JPA telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan 'oil boom' untuk mengawal tumpahan minyak.
Di Singapura, ompokan minyak dikesan, dengan tumpahan di barat Pulau Ubin. Menurut MPA, ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.
MPA akan menyiasat punca pelanggaran tersebut.
#kapal tangki #minyak #tumpah
;