Dua kanak-kanak mati lemas ketika mandi di laut

Bernama
Oktober 19, 2016 23:34 MYT
Kedua-duanya yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. -Gambar fail
Dua rakan mati lemas ketika mandi di laut berhampiran sebuah kilang papan di Batu Sapi dekat sini, hari ini.
Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 2.48 petang memaklumkan Farhan Ramzi dan Fakhrul Kamis, kedua-duanya berumur 10 tahun, hilang dibawa arus.
Katanya operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Polis Marin menemukan Farhan pada kira-kira 3.15 petang dan Fakrul dua seminit kemudian.
Anddre berkata kedua-duanya yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. - Bernama
#Hospital Duchess of Kent Sandakan #lemas
;