Dua kampung di Bentong dilanda banjir kilat

Noraniza Kamsani
Oktober 19, 2019 11:19 MYT
Banjir kilat berpunca dari hujan lebat dan limpahan air anak sungai berhampiran rumah mangsa. Foto ihsan APM
Hujan lebat hampir dua jam di sekitar daerah ini mengakibatkan beberapa rumah di dua buah kampung dilanda banjir kilat sedalam satu meter, malam tadi.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusoff berkata, kejadian banjir berlaku jam 11 malam tadi melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Manchis dan Kampung Semerting.
"Punca kejadian disebabkan kejadian hujan lebat dan limpahan air anak sungai berhampiran rumah mangsa. Kenaikan air dianggarkan sehingga satu meter dengan anggaran masa sehingga dua jam.
"Namun, tiada Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka. Rumah masih selamat diduduki dan air telah surut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), beberapa agensi turut terlibat menghulurkan bantuan termasuk penghulu mukim, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung terlibat.
#APM #banjir #banjir kilat #Bentong #kampung #limpahan air #mangsa #Pahang #pusat pemindahan #rumah #Sungai #Zainal Yusoff
;