Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS

Bernama
Jun 2, 2021 13:58 MYT
Berita tentang dua kadet Malaysia dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat dimaklumkan menerusi Facebook rasmi kedutaan tersebut. - Gambar/ Facebook @Embassy Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Dua kadet dari Malaysia berjaya dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, umum Kedutaan AS hari ini.
Dua kadet terbabit, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.
"Tahniah kepada kadet #Malaysia, Mohamad Khairel Adha yang akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas yang akan mendaftar di Akademi Tentera Laut AS.
"Sertai Kedutaan AS dan Duta Brian McFeeters pada majlis keberangkatan pemuda #Malaysia! Semoga maju jaya apabila mereka memulakan satu lagi pengalaman seumur hidup!" menurut Facebook rasmi kedutaan hari ini.
Majlis berkenaan akan diadalah secara langsung menerusi laman facebook kedutaan (https://www.facebook.com/usembassykl/) pada 9 Jun bermula 9 pagi.
#Malaysia #Amerika Syarikat #kadet #Akademi Tentera Amerika Syarikat #kadet malaysia