Dua jururawat Hospital Queen Elizabeth II positif COVID-19?
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 28, 2020 16:42 MYT
Disember 28, 2020 16:42 MYT
KOTA KINABALU: Dua jururawat di Hospital Queen Elizabeth II, di sini disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua jururawat terbabit bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit.
Selain itu, sumber Astro AWANI memaklumkan, terdapat juga beberapa jururawat lain dan doktor di hospital terbabit yang mengalami simptom seperti Influenza.
Kata sumber itu, buat masa ini kesemua yang terlibat telah dikuarantin.
Tambahnya, wad ICU terbabit menempatkan 10 doktor dan 18 jururawat pada satu-satu syif.
Manakala ahli keluarga pesakit turut dibenarkan masuk ke wad terbabit mengikut had masuk yang dibenarkan.
Siasatan dalaman mendapati kedua-dua jururawat terbabit mendapat jangkitan daripada ketua jururawat wad terbabit yang disahkan positif beberapa hari lalu.
Jangkitan dikatakan diperoleh dari luar dan bukannya penyebaran dalam wad tersebut.
Astro AWANI telah menghubungi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr Christina Rundi menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, kata beliau, tiada sebarang komen dapat diberikan buat masa ini.
Difahamkan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun pula dijangka mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di Sabah petang ini.