Dua individu diculik di Sandakan - Pengarah ESSCOM
Astro Awani
Mei 14, 2015 22:19 MYT
Mei 14, 2015 22:19 MYT
Dua individu diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah.
Mangsa pertama adalah seorang pengurus restoran berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Bernard Ghen Ted Fen.
Mangsa kedua adalah seorang wanita berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Thien Nyek Fun.
Pengarah ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan perkara ini dan berkata beliau menerima laporan itu pada pukul 8 malam.
Beliau juga berkata semua aset telah dikerahkan dan mengetatkan kawalan perairan di daerah-daerah.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman secara ringkas berkata laporan polis sedang dalam proses.
Bagi masa pada saya untuk dapatkan fakta yg betul,” katanya ringkas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan sepasang suami isteri yang merupakan rakyat tempatan diculik kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Zahid, mangsa yang diculik merupakan pengurus restoran Sandakan Ocean King, Sandakan.
Kejadian dipercayai berlaku ketika pertukaran waktu bertugas polis.
Bot yang digunakan suspek dipercayai menghala ke Filipina.
Buat masa ini, PDRM telah mengepung perairan timur laut Sabah.
Zahid turut memberitahu pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada polis Filipina.
BERITA LANJUT MENYUSUL.