Dua hilang ketika mencandat sotong ditemui selamat
Muhafandi Muhamad
April 24, 2021 17:26 MYT
April 24, 2021 17:26 MYT
KOTA BHARU: Dua pemancing ditemukan selamat oleh sekumpulan nelayan di kawasan perairan Pantai Sabak, petang Sabtu.
Mereka yang ditemui selamat itu dikenali sebagai Mat Awang @Jali, 54 dan Mat Harun Mohd Nor, 55.
Kedua-dua mangsa ditemukan terapung dan berpaut pada kotak fiber sekitar jam 3 petang di kawasan 10 batu nautika dari jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar di sini.
Mangsa di bawa ke jeti Pantai Sabak di sini sebelum di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan dan rawatan.
Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa, Zulshahmi Danial Zulazman, 26.
Penemuan dua mangsa yang selamat ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Abdul Rahim Daud.