Dua dikhuatiri lemas ketika bermain di Pantai Belawai
Bernama
Februari 8, 2016 07:19 MYT
Februari 8, 2016 07:19 MYT
Dua remaja dikhuatiri lemas ketika bermain bersama dua lagi rakan mereka di Pantai Belawai, Sarikei petang Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata operasi mencari dan menyelamat oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sarikei menghadapi kesukaran berikutan ombak kuat.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat hanya dilakukan menyusur pantai.
Kejadian pada jam 5 petang itu berlaku di hadapan Iftitah Resort and Restaurant.
Mangsa yang berasal dari Kampung Jerijeh, Sarikei dikenali sebagai Armi Armira Pendita, 27, dan Mohd Hanis Tajuddin, 16.
Sehingga jam 10.30 tadi mereka masih belum ditemui.