Dua daerah di Sarawak dikenakan PKP, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Januari 31, 2021 19:17 MYT
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dua daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan di Kluang, Johor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad:
1. Dua daerah di Sarawak dikenakan PKP iaitu Song dan Kapit, yang akan bermula pada 2 Februari hingga 15 Februari 2021.
2. Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan pula akan dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Februari.
3. SOP PKP dan PKPD adalah seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.
4. Seramai 8,028 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 47 orang disahkan positif COVID-19.
5. PDRM menahan 578 individu atas kesalahan ingkar SOP, dengan 525 dikompaun manakala 53 direman.
BACA: PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD
BACA: PKP: 578 individu ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #COVID-19 #PKP #PKPD #ujian saringan #PDRM #SOP #kuarters kakitangan #Penjara Simpang Renggam
;