Dua cedera rumah ditimpa pokok kelapa

Abd Razak Mohd Ali
September 24, 2019 13:37 MYT
Anggota bomba bertindak memotong pokok itu dengan gergaji berantai. - Foto ihsan JBPM
Dua cedera, di mana salah seorang daripadanya parah apabila sebatang pokok kelapa tumbang lalu menimpa sebuah rumah di Jalan Matang Kurau, Kampung Sungai Batu di sini, pada Selasa.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang tadi.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebatang pokok kelapa telah tumbang menimpa bahagian hadapan sebuah rumah.
“Terdapat dua orang mangsa terlibat, seorang lelaki dewasa cedera parah dan seorang wanita dewasa cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, anggota bomba bertindak memotong pokok itu dengan gergaji berantai dan membawa mangsa keluar.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.
#ditimpa pokok #dua cedera #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Jalan Matang Kurau #JBPM Perak #Kampung Sungai Batu #pokok kelapa tumbang