Dua bulan pak cik tidur dalam kereta, Aidiladha ini direzekikan rumah
Mingguan Wanita
Julai 20, 2021 11:02 MYT
Julai 20, 2021 11:02 MYT
WALAU diuji bermacam kontroversi baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan kerja-kerja dakwah dan membantu masyarakat setempat.
Semalam, Ustaz berkongsi kisah seorang pak cik usia 75 tahun yang dah dua bulan tidur dalam kereta. Kereta pula diletakkan di bawah jejantas.
Boleh bayangkan macam mana sukarnya keadaan pak cik.
Pak cik hidup sendirian dengan ditemani kucing-kucing yang setia berada di sisinya.
Simpati dengan kehidupan pak cik yang serba susah, Ustaz Ebit menghadiahkannya sebuah rumah sewa yang menempatkan juga kucing-kucing yang dijaga pak cik selama ini.
Dapatlah pak cik meraikan Hari Raya Aidiladha ini dengan lebih selesa dan tak perlu lagi susah hati.
Ini perkongsian Ustaz Ebit Lew:
"Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pak cik 75 tahun tidur dalam kereta dah dua bulan di bawah jejantas dekat Central Market Kuala Lumpur.
Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pak cik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.
Pak cik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je.
Nak tak saya sewakan rumah untuk pak cik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pak cik Hari Raya Haji dalam rumah selesa.
Pak cik terus menangis. Kenapa menangis pak cik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais, mesin basuh, dan katil.
Pak cik kata tak perlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pak cik.
Ini berkat pak cik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan.
Semoga pak cik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan."
Sumber/Foto: Ustaz Ebit Lew
Artikel asal di Mingguan Wanita
#Ebit Lew
#tidur dalam kereta
#kerja dakwah
#bantu masyarakat setempat
#kucing
#hari raya
#pendakwah
#rumah sewa
#Aidiladha