Dua blok asrama Maahad Tahfiz di Sepang musnah dijilat api
Bernama
Julai 29, 2017 12:33 MYT
Julai 29, 2017 12:33 MYT
Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah, Sepang, musnah dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi tadi.
Menurut jurucakap bomba, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 4:40 pagi itu turut merebak ke sebuah rumah setinggan menyebabkan 30 peratus daripada rumah itu terbakar.
Sebanyak 25 anggota bomba dari tiga balai berdekatan terlibat dalam usaha memadam api kebakaran tersebut.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.
-- BERNAMA