Dua beranak songlap peruntukan MISDEC bebas jaminan SPRM

Astro Awani
Julai 25, 2017 12:03 MYT
Dua beranak yang ditahan untuk siasatan salah guna kuasa di MISDEC dibebaskan dengan jaminan SPRM. -Gambar fail/Bernama
Dua beranak yang ditahan untuk siasatan salah guna kuasa di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC), dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan mereka dijamin RM200,000 dengan masing-masing seorang penjamin.
Dua beranak berusia 76 dan 43 tahun itu merupakan bekas pengurus eksekutif dan pengurus unit pentadbiran dan kewangan MISDEC.
Mereka ditahan pada 11 Julai kerana disyaki terlibat meluluskan pemindahan wang kira-kira RM4 juta milik MISDEC ke akaun syarikat milik mereka pada 2014 hingga 2015 lalu.
MISDEC merupakan sebuah badan NGO yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan negeri Melaka untuk membina sebuah kolej berasaskan latihan kemahiran industri.
#Kementerian Sumber Manusia #MISDEC #Mohd Anuar Ostadi #Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka #SPRM
;