Dua beranak rentung dalam kemalangan dua treler di lebuh raya

Aida Aziz
Mac 18, 2025 12:00 MYT
Kebakaran melibatkan sebuah treler muatan pasir yang berlanggar bahagian belakang sebuah lori treler muatan kapas sebelum terbakar. - Gambar/ JBPM
TAPAH: Dua beranak rentung dalam kemalangan membababitkan dua treler di Kilometer (KM) 331.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang maut merupakan pemandu dan kelindan treler muatan pasir.
Katanya lagi, pemandu lelaki itu berusia 40 tahun dan anak lelakinya merupakan kelindan dalam lingkungan usia 20-an.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.46 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Bidor dihantar ke lokasi.
"Kebakaran melibatkan sebuah treler muatan pasir yang berlanggar bahagian belakang sebuah lori treler muatan kapas sebelum terbakar.
"Maklumat dari ketua operasi terdapat seorang mangsa ditemui mati terbakar iaitu pemandu treler muatan pasir.
"Manakala seorang lagi mangsa iaitu anak pemandu ditemui tersepit di bawah kepala treler dan didapati turut mati terbakar dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
#kemalangan maut #treler #dua beranak #rentung
;