Dua beradik terjun dari tingkat dua selamatkan diri dari kebakaran
Radhi Muslim
Ogos 13, 2019 19:07 MYT
Ogos 13, 2019 19:07 MYT
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki cedera selepas terjun dari tingkat dua rumah yang disewa mereka di Jalan Batu 2 Setengah, dekat sini selepas kediaman tersebut mengalami kebakaran.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa itu, mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24 dan adiknya Risqi Zulfiqar, 8 tahun, dilaporkan cedera di tangan dan kaki.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah hari dan bergegas ke lokasi bersama 14 anggota bomba.
“Pada jam 2.32 petang, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 370 meter persegi.
“Terdapat dua mangsa cedera selepas terjun dari tingkat dua rumah terbabit. Namun punca kejadian sebenar masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak lalu operasi memadam kebakaran segera dijalankan.
Tambah beliau, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan.
#Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan
#Jalan Batu 2 Setengah
#Jimmy Lagung
#kebakaran Sandakan
#Marina Zulfiqar
#Risqi Zulfiqar
#rumah sewa
#terjun tingkat dua