Dua beradik nelayan dikhuatiri dihanyutkan selepas bot kehabisan minyak

Abd Razak Mohd Ali
Januari 30, 2020 18:33 MYT
Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang mengikuti taklimat mengenai usaha SAR. - Foto: JBPM
Dua beradik nelayan dikhuatiri dihanyutkan arus selepas bot mereka dikatakan kehabisan minyak, di Sungai Kerang, Trong dekat sini, pada Khamis.
Operasi mencari Ayed Daud, 30 dan adiknya, Mohd Affendi Daud, 29 masih diteruskan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.03 petang.
“Maklumat terkini yang diterima melaporkan dua mangsa di dalam bot telah dibawa arus sejauh 23 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kes tersebut telah dimaklumkan kepada pihak maritim dan polis untuk tindakan selanjutnya.
Di samping itu, katanya, Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka dan sebuah bot aluminium dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bersiap sedia di jeti.
#bomba #bot habis minyak #JBPM #nelayan #nelayan hanyut #penyelamat #Taiping #Trong
;