Dua beradik nelayan dihanyutkan arus ditemui selamat

Abd Razak Mohd Ali
Januari 30, 2020 22:29 MYT
Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - JBPM
Dua beradik nelayan yang dihanyutkan arus selepas bot mereka kehabisan minyak di Sungai Kerang, Trong dekat sini tengahari tadi, ditemui selamat pada Khamis malam.
Ayed Daud, 31 dan adiknya, Mohd Affendi Daud, 29 ditemui nelayan selepas dihanyutkan lebih 20 batu nautika.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, bot mereka telah ditarik oleh bot nelayan ke jeti Bagan Pancor, Sungai Kerang.
“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.
Menurutnya, anggota bomba mengambil mangsa di jeti berkenaan dan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mazli A. Mutalib tamat jam 8.18 malam.
#bomba #bot dihanyut arus #bot habis minyak #JBPM #nelayan
;