Dua beradik maut kereta menjunam ke sungai di Miri
Bernama
Disember 5, 2017 04:19 MYT
Disember 5, 2017 04:19 MYT
Dua beradik yang sedang dalam perjalanan menghantar barang ke rumah bapa saudara di sebuah ladang kelapa sawit maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai di Jalan Sungai Teniku, Ladang Woodman petang Selasa.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu kedua-dua mangsa iaitu Gabriel Bryan Wilson, 23, dan adiknya Gary Neville Wilson sedang dalam perjalanan dari Permyjaya ke Ladang Woodman yang perlu menyeberangi sungai.
"Kereta Kancil yang dipandu Gabriel dipercayai tidak sempat dibrek semasa melalui feri oleh mangsa lalu terlajak ke dalam Sungai Teniku, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, mangsa pertama iaitu Gary berjaya ditemukan di lokasi kejadian pada pukul 5.01 petang manakala mangsa kedua Gabriel ditemukan pada pukul 5.27 petang.
-- BERNAMA
#dua beradik
#feri
#kemalangan
#kereta
#Ladang Woodman
#Law Poh Kiong
#maut
#Miri
#Stanley Jonathan Ringgit
#Sungai