Dua batang sungai di Jerantut berada pada paras waspada dan trend menaik

Amirah Nordin
Mac 1, 2023 14:43 MYT
Kampung Bantal di Jerantut dinaiki air pagi ini. - Foto Astro AWANI
JERANTUT: Penduduk di pesisir sungai utama di daerah ini diingatkan sentiasa berwaspada kerana dua batang sungai menunjukkan trend menaik ekoran hujan berterusan sejak pagi semalam sehingga hari ini.
Bacaan pada jam 1 tengah hari ini, Sungai Tembeling di Stesen Kuala Tahan, bacaan paras air semasa menunjukkan pada 64.11 meter di paras waspada dan trend menaik.
Manakala, Sungai Tembeling di Stesen Kampung Merting turut menunjukkan pada paras waspada pada 55.54 meter dan trend air menaik.
Di Sungai Pahang di Stesen Sungai Yap dengan bacaan 45.52 meter dan Sungai Jelai di Stesen Jeram Bongor, 55.98 meter dalam keadaan normal, namun air menunjukkan paras air menaik.
Manakala bacaan hujan bermula 1 Mac pada jam 12 tengah malam di Stesen Kg. Pasir Raja - 56.0 mm; Stesen Kg. Bantal Seberang ( 67 mm); Stesen Kuala Tahan ( 69.5 mm); Stesen Kg. Merting ( 74.4 mm) ; Stesen Kg. Chebong ( 67 mm); Stesen Sg Yap (60 mm); Stesen Kg. Bharu (66.5 mm); Stesen Jerantut Feri (83 mm) dan Stesen Paya Gintong - 68.5 mm.
Di Rompin - Sg Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin paras air pada bacaan 23.93 meter dan Sg Pukin, Rompin (47.41 meter) menunjukkan tahap bahaya dan berjaga-jaga.
Manakala, di Raub, Sg Dong di Kg Peruas pada paras 134.97 meter dan Sg Kechau di Kg Dusun , Lipis turut mencatatkan pada bacaan 81.76 meter dan paras amaran dan trend air menaik.-
#banjir pahang #Jerantut #paras sungai meningkat #paras waspada
;