Dua batang gigi, gumpalan rambut milik Nur Aisyah ditemui - Polis

Salim Aziz
Mac 7, 2019 15:37 MYT
Operasi pencarian itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 1 petang.
Dua batang gigi dan dua gumpalan rambut disyaki milik Nur Aisyah Aleya Abdullah, tiga tahun menjadi antara penemuan terbaharu pihak polis di Jalan Gunung Raya pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, operasi pencarian itu bermula pada jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 1 petang.
Menurutnya, kedua-dua bahan bukti termasuk tengkorak dan cebisan rambut yang ditemui pada Rabu akan diserahkan kepada pegawai penyiasat sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
"Hasil pencarian ini, kita menjumpai dua gumpalan rambut dan dua batang gigi dipercayai milik kanak-kanak lebih kurang jam 11 pagi di radius pencarian melibatkan lebih kurang 500 ratus meter yang mana kecuraman 45," katanya.
BACA: Pembunuhan Nur Aisyah: 'Suspek seorang panas baran' - Ibu mangsa
BACA: Mayat kanak-kanak hilang Nur Aisyah Aleya ditemui, dipercayai meninggal dunia dua minggu lalu
Pada Rabu, tengkorak kepala milik Nur Aisyah ditemui bersama helaian rambut yang didakwa milik kanak kanak tersebut di kawasan gaung berdekatan hutan Gunung Raya.
Ia susulan penahanan kedua-dua suspek di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, selepas didakwa melarikan diri susulan laporan polis dibuat ibu kanak kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.
#Ampang #hilang #Kanak-kanak #Langkawi #mangsa #meninggal dunia #Nur Aisyah #Nur Aisyah dibunuh #polis #Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim
;