Dua ban pecah di Tanjong Karang

Afiezy Azaman
Oktober 11, 2022 10:35 MYT
Paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9m. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dua ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor, pada Selasa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
"Kejadian kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja-kerja menaik taraf benteng.
"Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 meter (m) hingga 0.9m," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata, pihak bomba akan terus melakukan pemantau terhadap keadaan di sekitar kawasan ban pecah itu.
Ban Pecah | Dua ban pecah di Tanjong Karang
Jelasnya, setakat ini tiada pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan tersebut.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #pusat pemindahan #ban pecah
;