Keadaan kesihatan dua anggota komando polis yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil selepas cedera dalam insiden tembak menembak dengan kumpulan penceroboh warga Filipina di Kampung Tanduo.
Pengarah Hospital Lahad Datu Dr Tan Hee Ting berkata kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan kecil mengeluarkan peluru.
"Mereka kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad biasa untuk proses pemulihan," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ke atas dua anggota komando polis itu di Hospital Lahad Datu di sini hari ini.
Dua anggota komando berkenaan adalah Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, yang terkena tembakan di bahu kanan dan kedua-dua kaki, manakala Kpl Azman Ampong, 39, terkena tembakan di punggung dan paha.
Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Mengenai laporan laman sosial yang mendakwa hospital itu menghadapi kekurangan bekalan tabung darah, Tan menafikan laporan itu bahawa bekalan darah di hospital itu adalah mencukupi.
Menurutnya pihaknya sudah diberikan notis sejak dua minggu lepas untuk membuat persediaan berhubung krisis pencerobohan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar turut melawat kedua-dua mereka dan meluangkan masa 20 minit.
Beliau diiringi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Omar Mammah.
Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata kedua-dua anggota itu ada menyatakan kepadanya mengenai semangat mereka yang berkobar-kobar untuk kembali bertugas.
Menurutnya apa yang penting mereka dalam keadaan stabil.
Bernama
Sat Mar 02 2013

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Projek mega di Sabah bukti kerajaan pusat prihatin - Musa
Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah bukti kerajaan pusat prihatin dan tidak omong kosong dalam membawa pembangunan pesat ke negeri ini.

PM Najib begitu prihatin dengan pembangunan Sabah - Musa
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang paling banyak memberikan peruntukan untuk pembangunan Sabah.

Sabah kaji skim sedia sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import, eksport
Kerajaan Sabah sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan skim penyamaan muatan yang akan menyediakan sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import dan eksport di pelabuhan di Sabah.

Rakyat Sabah diminta berwaspada janji kosong dibuat parti baharu - Musa
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.

Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Segala aset dan sumber digerakkan dalam operasi mencari mangsa - Musa
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan segala aset dan sumber yang ada telah dan sedang digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),

Kuatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali bot - Musa
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali perkhidmatan bot mengangkut penumpang dan pelancong.

Status letak jawatan Adun Inanam pamer konflik dalaman parti PKR
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya wujud konflik dalaman PKR berikutan tindakan ADUN Inanam Dr Roland Chia yang menyatakan hasrat meletak jawatan menerusi lamannya.

Nurul Izzah: Musa Aman harus minta maaf
Nurul Izzah Anwar ingin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta maaf mengenai halangan kemasukannya ke Sabah.

Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
BN Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.