Dua anggota APMM yang hilang ditemui selamat
Astro Awani
September 10, 2013 17:51 MYT
September 10, 2013 17:51 MYT
Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang hilang di perairan Tok Bali, Kelantan sejak Sabtu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kedua-dua anggota itu ditemui di kawasan perairan antarabangsa bersempadan dengan Thailand dan Vietnam pada pukul 9.20 pagi tadi.
Laskar Kelas II Mohd Ramdhan Hizam dari Pontian, Johor dan Laskar Kelas II Mohammad Sabrie Sahibul dari Kunak, Sabah, ditemui selamat di dalam sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia Sabtu lalu bersama dua tahanan nelayan Vietnam.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.