JITRA: Kerajaan disaran berkongsi draf akhir Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung antilompat parti dengan rakyat sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata langkah itu bagi memastikan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik dapat memberikan pandangan untuk menambah baik rang undang-undang tersebut.
"Pandangan saya ialah draf akhir perlu dikongsikan dengan semua pihak untuk memberi pandangan. Sekarang ini kita semua bersetuju dengan rang undang-undang itu tanpa melihat kepada draf akhirnya.
"Kita ada pakar daripada NGO, kita ada pakar daripada akademik, semua orang boleh diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bakul makanan sempena Ramadan di Kampung Binjal dekat sini pada Jumaat.
Beliau berkata banyak perkara atau klausa di dalam draf rang undang-undang itu perlu ditakrifkan secara jelas dan diolah demi kebaikan rakyat dan negara.
Wan Saiful berkata semua pihak perlu diberi peluang untuk menyatakan pandangan dan bukan hanya melibatkan pemimpin politik.
"Jadi bagi kita, draf rang undang-undang itu perlu disiapkan segera tetapi perlulah dalam keadaan terbaik untuk memastikan tidak ada pihak yang boleh mengambil peluang apabila ia diluluskan nanti," katanya.
Mengulas pendirian Bersatu mengenai rang undang-undang itu, beliau berkata parti tersebut komited untuk memastikan reformasi institusi berjalan dengan lancar dan draf terbaik dapat dihasilkan demi manfaat rakyat serta negara.
"Setakat ini, kita tidak pernah katakan bahawa kita tolak akta ini, kita sertai perbincangan dan bagi pandangan.
"Itu tandanya kita menyokong, cumanya ada perkara di dalam draf itu yang kita tidak setuju tetapi bukan kita tidak setuju akta itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
Wan Saiful berkata banyak perkara atau klausa di dalam draf rang undang-undang itu perlu ditakrifkan secara jelas dan diolah demi kebaikan rakyat dan negara. - Foto BERNAMA
Pelaksanaan PuTERA35 dipantau Majlis Ekonomi Bumiputera - Kementerian Ekonomi
Pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reformasi perkhidmatan awam tingkatkan produktiviti mendepani cabaran semasa - Cuepacs
Setiap penjawat awam perlu mempunyai nilai-nilai yang baik dan mengamalkan budaya integriti yang tinggi bagi memastikan perkhidmatan kepada negara boleh dirasai kumpulan sasar.
Minos Markets Ltd, ZFinances, Akademi Cikgu Syahmi masuk Senarai Peringatan Pelabur SC
Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia telah mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan memasukkan tiga entiti tidak sah dan satu entiti berpotensi klon.
AWANI Tonight: Put an end to unjust killings in Gaza
On World Humanitarian Day, Nur Hafizah Shamsudin from Viva Palestina Malaysia highlights the need to protect civilians and aid workers from unjust killings in Gaza as the death tolls of Palestinians tops the 40,000-mark.
Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata
Polis giat mengesan tujuh suspek berhubung kejadian samun bersenjata berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hari ini.
AWANI Tonight: Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera
The government has launched the Bumiputera Economic Transformation Plan 2035 (PuTERA35), which will prioritise the economic development of the Bumiputera community.
AWANI Tonight: Govt turns to police calls as prisons overflow from riots
Britain activated an emergency measure to hold suspects in police station cells until prison beds become available, amid long-standing capacity issues and recent outbreaks of anti-migrant riots.
SUKMA 2024: Skuad gimrama Wilayah Persekutuan tiada tandingan
Skuad gimrama Wilayah Persekutuan mengekalkan status sebagai kuasa besar sukan itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 apabila menyapu bersih kesemua enam pingat emas.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.
AWANI Ringkas: Memperkasa agenda Bumiputera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KSU kementerian diminta kemuka RUU baharu, pindaan 14 hari lebih awal
Ketua Setiausaha di semua kementerian diminta untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) baharu atau pindaan RUU kepada Parlimen 14 hari lebih awal.
Singapura bentang pindaan untuk tingkatkan keselamatan tenaga
RUU itu antara lain memperkenal pengawal selia baharu bagi pasaran elektrik dan langkah-langkah mengukuhkan peraturan ke atas sektor tenaga.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
RUU Majlis Media: Dalam proses kenal pasti ahli pengasas - Nie Ching
Teo berkata sejurus proses tersebut selesai, draf rang undang-undang itu akan dibawa ke Jemaah Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kelulusan.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
Dewan Negara lulus RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 bertujuan membuat peruntukan yang lebih baik berhubung dengan keterangan saksi kanak-kanak.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
Perlembagaan Bersatu bertentangan Perlembagaan Persekutuan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Penyedia platform dalam talian perlu pertingkat sistem keselamatan - Gobind
Perkara ini perlu dipandang serius bagi meningkatkan keyakinan pengguna bahawa data peribadi mereka adalah selamat.