Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19

Astro Awani
Oktober 5, 2020 08:58 MYT
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif pandemik COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif pandemik COVID-19.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Dr Zulkifli berkata, beliau kini menjalani rawatan.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
“Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” tulis beliau lagi.
#COVID19 #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri #positif COVID19