Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib

Bernama
Disember 6, 2024 11:45 MYT
Dr Zaliha sebelum ini dilaporkan terus mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan berkaitan adendum pengampunan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi platform media sosial rasminya hari ini, beliau berkata kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
"Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini," katanya.
Dr Zaliha, yang juga Ahli Lembaga Pengampunan, sebelum ini dilaporkan terus mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan berkaitan adendum itu.

Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini. pic.twitter.com/DFfQTUPYLo

— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) December 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Zaliha Mustafa #Najib Razak #Yang di-Pertuan Agong #adendum pengampunan
;