Dr Wan Azizah, Najib Razak ucap takziah pemergian Abam Bocey

Farhana Joni
Februari 10, 2020 11:57 MYT
Pelawak popular Abam daripada kumpulan Bocey meninggal dunia pada Isnin. -Gambar Twitter.
JENAKA yang bersahaja dan idea Allahyarham Abam bersama kumpulan Bocey ketika hayatnya dahulu cukup memberi kesan di hati ramai peminat.
Atas sebab itu pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan secara mengejut pada Isnin memberi tamparan yang sangat hebat sehingga ramai yang meluahkan rasa sedih.
Tidak kurang juga beberapa pihak yang menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.
BACA: Fad dan Achey luah kesedihan, seakan tidak percaya pemergian Abam Bocey
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antaranya mengucapkan takziah di atas pemergian pelawak terkenal itu.
"Takziah buat keluarga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey).
"Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya di kalangan mereka yang beriman," tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Takziah buat keluarga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan (Abam Bocey). Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dikalangan mereka yang beriman.https://t.co/KIeTFYUCvh

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, berita mengenai pemergian Allahyarham Abam itu cukup mengejutkannya.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Berita yang sangat mengejutkan kita pagi ini. Saya diberitahu pelawak terkenal Abam Bocey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah," tulis beliau di Facebook.
Bagi pengacara popular, Neelofa pula menyifatkan Allahyarham Abam sebagai seorang yang ikhlas.
"Setiap kali saya bekerjasama dan menemu bual Abam, ia pasti dipenuhi dengan keseronokan.
"Arwah sangat ikhlas, peramah dan lucu. Kehilangan yang cukup besar kepada industri.
"Salam takziah kepada Abam Bocey dan keluarga. Al-Fatihah," tulisnya di Twitter.

For all the times Ive worked with and interviewed Abam, it was filled with complete joy. Arwah was very genuine, friendly and humorous. Such a great loss to this industry. My deepest condolences to Abam Bocey and family. Al-Fatihah

— Neelofa (@Neelofa) February 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota kumpulan lawak Shiro, Shahrol menerusi status di akaun Facebook pula mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham Abam.
"Hujan renyai pagi ini seakan menangisi pemergian sahabat seperjuangan dalam bidang seni.
"Sahabatku.. semoga Allah swt menempatkanmu di kalangan golongan orang2 yg beriman.. AlFatihah Abam Bocey," katanya dalam status tersebut.
Allahyarham Abam mulai dikenali selepas menyertai rancangan realiti televisyen, Maharaja Lawak sejak 2013 dan menjuarai rancangan tersebut dua kali berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016 sebelum di tempat ketiga pada tahun lalu.
#Abam Bocey #Abam meninggal dunia #bekas perdana menteri #Maharaja Lawak #meninggal dunia #Najib Razak #Neelofa #Shahrol Shiro #Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan #takziah #Wan Azizah
;