Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Astro Awani
Ogos 28, 2019 16:08 MYT
Ogos 28, 2019 16:08 MYT
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre hari ini akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.
Berita itu dikongsi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Hanoi, Vietnam bersama wartawan Malaysia sebentar tadi.
"Dia (Dr Siti Hasmah) sudah pulih, tapi masih di hospital. Balik ni (dari Hanoi) saya akan melawat," kata Dr Mahathir.
Pada Isnin, jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.
"Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat," menurut jurucakap itu.
BACA: Dr Siti Hasmah mengalami keracunan makanan yang ringan
#Dr Siti Hasmah Mohd Ali
#Dr Siti Hasmah sudah pulih
#isteri Perdana Menteri
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Prince Court Medical Centre