Dr Siti Hasmah mengalami keracunan makanan yang ringan

Bernama
Ogos 26, 2019 00:09 MYT
Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat. - Gambar fail/Astro AWANI
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sedang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre hari ini akibat keracunan makanan yang ringan.
Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.
"Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat," menurutnya sebagai respond kerpada pertanyaan media berhubung satu catatan Facebook yang mengatakan beliau pergi ke Prince Court Medical Centre di sini hari ini.
-- BERNAMA
#isteri Perdana Menteri #keracunan makanan ringan #Prince Court Medical Centre #Siti Hasmah Mohamad Ali
;