Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini.
Beliau, yang turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, 9.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan Pejabat Media Rasmi Istana, turut menyaksikan istiadat itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, serta menantu Sultan Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Dr Sahruddin, 43 tahun, menggantikan Datuk Osman Sapian yang telah diperkenankan peletakan jawatannya oleh Sultan semalam.
Pada Pilihanaya Umum ke 14 (PRU 14), Dr. Sahruddin memenangi kerusi DUN Bukit Kepong dengan majoriti 1,273 undi.
Beliau memperoleh 11,665 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Noor Taib dan Muhammad Nur Iqbal dari PAS.
Dilahirkan di Muar, Dr. Sahruddin merupakan doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.
Berkahwin dengan Dr Nila Armila Mukdan, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang anak perempuan.
Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh.
Ketika kejadian pencemaran Sungai Kim Kim pada Mac lalu, Dr Sahruddin antara individu yang memainkan peranan proaktif dalam gerak kerja pengurusan keadaan bencana pada ketika itu.
BACA: Mana MB Johor di pemukiman pemimpin Malaysia dan Singapura?
Kehadiran beliau sebegai wakil rasmi Menteri Besar pada Pemukiman Pemimpin Malaysia dan Singapura 9 April lalu menguatkan spekualasi beliau menggantikan Datuk Osman Sapian.
Anak kelahiran Muar ini merupakan Menteri Besar Johor ke 17.
Astro Awani
Sun Apr 14 2019
![Dr Sahruddin Menteri Besar Johor baharu Dr Sahruddin Menteri Besar Johor baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555208751_MBjohorbaru.jpg)
Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor yang baharu setelah mengangkat sumpah jawatan pagi ini. - Foto Johor Royal Press Office
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655024014_PerikatanNasional.jpg)
Dr Sahruddin, Dominic diangkat jadi Pengerusi PN Johor, Pulau Pinang - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang beliau pengerusikan pada Sabtu.
![Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644413543_TBJAMAL.jpg)
Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.
![PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644415812_TBJAMAL.jpg)
PRN Johor: PN harap SOP mesra pengundi, kempen
Perikatan Nasional (PN) Johor yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dimuktamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bersifat 'mesra kempen pilihan raya dan pengundi.'
![LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600618662_SAHRUDDINJAMAL.jpg)
LPNM bakal bangunkan produk hiliran baharu
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) kini dalam usaha untuk membangunkan produk hiliran baharu iaitu pelet makanan haiwan ruminan yang dihasilkan daripada sisa buah berkenaan.
![UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563859081_SahruddinJamal.jpg)
UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.
![MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578953650_TBNurDinieDamia.jpg)
MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif Influenza A
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal sekali lagi menegaskan kanak-kanak perempuan, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang meninggal dunia, Isnin lepas, negatif bagi jangkitan Influenza A.
![Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572586236_SahruddinJamal.jpg)
Pemberian bantuan khas nelayan bukan isu - MB Johor
Kerajaan negeri Johor menyifatkan pemberian bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 yang diumumkan semalam, tidak sepatutnya dijadikan isu
![Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51567483917_TBMUHIDDIN.jpg)
Tiada kompromi, tindakan tegas sebar isu perkauman, agama - Muhyiddin
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial.
![Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563194557_TunM.jpg)
Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61556114317_DATUKDRSAHRUDDINJ.jpg)
Pegawai KPI lapor prestasi portfolio barisan Exco Johor - MB
Meskipun baru hampir tiga minggu memegang jawatan Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal mempunyai visi dan misi jelas mahu melihat negeri itu lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya.