Dr Noor Hisham terima pengiktirafan International Surgical Fellowship Award

Bernama
September 2, 2021 18:06 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsi berita gembira Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima pengiktirafan antarabangsa. - Gambar Twitter Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima pengiktirafan antarabangsa, 'International Surgical Fellowship Award' daripada Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS).
Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan itu semasa 'The Virtual Surgical Week' (VSW 2021) yang berlangsung 30 Ogos lepas sehingga esok.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan Twitternya berkongsi berita gembira tersebut.
"Tahniah @DGHisham atas pengiktirafan 'International Surgical Society Fellowship Award'. Ia juga satu pengiktirafan untuk Malaysia. Syabas!" katanya.

Tahniah @DGHisham atas pengiktirafan International Surgical Society Fellowship Award. Ia juga satu pengiktirafan untuk Malaysia. Syabas! @KKMPutrajaya pic.twitter.com/pRJvd8j0gH

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut menerima pengiktirafan itu ialah Dr Gaurav Agrawal dari India dan Dr Yousef Saleh Al-Alawi dari Arab Saudi.
Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Dr Noor Hisham mengucapkan syukur atas pengiktirafan tersebut.
"Alhamdulilah," katanya yang pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif ISS selama lima tahun (2017-2019, 2019-2021) pada 2017.
Dr Noor Hisham sebelum ini menerima Anugerah BrandLaureate - Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020 daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).
Tahun lepas menerusi laporan China Global Television Network (CGTN), beliau juga dinamakan antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang COVID-19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield. - BERNAMA
#Dr Noor Hisham Abdullah #International Surgical Fellowship Award #Persatuan Pembedahan Antarabangsa #ISS #Khairy Jamaluddin
;