Dr Noor Hisham nafi letak jawatan KP Kesihatan
Astro Awani
Februari 3, 2021 17:11 MYT
Februari 3, 2021 17:11 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan mesej tular yang kononnya beliau telah meletakkan jawatan.
Menerusi satu hantaran ringkas di akaun media sosialnya, Dr Noor Hisham berkata penularan berita palsu itu turut mengelirukan rakyat.
"Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai," katanya.
Antara kandungan mesej tular itu turut mengaitkan peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.