Dr Noor Hisham lahir kebimbangan peningkatan mendadak kes kematian COVID-19
Astro Awani
Januari 9, 2021 06:18 MYT
Januari 9, 2021 06:18 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes kematian baharu COVID-19 dalam negara.
Ia berikutan, katanya, dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat virus itu.
"Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.
"Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian COVID-19.
"Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah SWT lindungi kita semua," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada Ahad.
Malah, kata Dr Noor Hisham lagi, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah COVID-19.
"Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik sehingga liang lahad dan tamat pengebumian," ujarnya.