Dr Mahmud masih hidup, sudah tinggalkan Marawi - KPN Khalid

Astro Awani
Jun 25, 2017 19:51 MYT
Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahmud dipercayai melarikan diri bersama ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan, Isnilon Hapilon. -Gambar fail
Polis percaya anggota kumpulan militan Daish yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad, sudah meninggalkan Marawi, selatan Filipina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahmud dipercayai melarikan diri bersama ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan, Isnilon Hapilon.
Menurutnya, pihak berkuasa Filipina memaklumkan bahawa Isnilon berjaya meloloskan diri keluar dari Marawi dan berkemungkinan Dr Mahmud ada bersamanya.
Walaupun tidak dapat mengesahkannya, Khalid berkata berdasarkan maklumat pihak yang berkenaan di Filipina, Dr Mahmud dipercayai masih hidup.
Sebelum ini, laporan media mendakwa Dr Mahmud terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi.
Sementara itu, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyenaraikan Isnilon antara 18 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada 22 Jun lalu.
#Abu Sayyaf #daish #Dr Mahmud Ahmad #ESSCom #Filipina #Isnilon Hapilon #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #KPN
;