Dr Mahathir ucap selamat menyambut Aidiladha
Bernama
Ogos 21, 2018 22:59 MYT
Ogos 21, 2018 22:59 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Hari Raya Haji tahun ini dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pimpinan kerajaan baharu.
Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah yang akan disambut di Malaysia esok, Perdana Menteri berkata keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Hari Raya Aidiladha boleh diadakan dalam keadaan aman damai.
"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Dan (rakyat) negara kita sekarang ini sudah tidak lagi berasa curiga terhadap kerajaan yang memerintah, yang memegang kepada lunas-lunas ajaran Islam dan kita bersyukur keranaNYA.
"Saya sekali lagi ingin menyatakan kesyukuran kita kerana keadaan sudah pulih di negara kita," katanya menerusi video perutusan Aidiladha yang dimuat turun di laman Twitter dan Facebook miliknya.
-- BERNAMA
#1439 Hijrah
#Aidiladha
#hari raya aidiladha
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#video perutusan