Dr Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman

Bernama
Mei 26, 2019 20:57 MYT
Dr Mahathir dan isteri membeli pelbagai jenis kuih tradisional ketika berkunjung ke gerai Warisan Mak Chah di Kompleks Pekan Rabu hari ini. Turut sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau dan membeli juadah di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.
Perdana Menteri yang memandu sendiri kereta tiba di bazar berkenaan pada 5.55 petang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di bazar tersebut selain orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan perdana menteri.
Antara juadah yang menjadi pilihan Dr Mahathir ialah dadih, roti jala dan cucur udang.
Dr Mahathir juga kelihatan tertarik dengan keunikan nasi ayam hijau kuning yang dijual di bazar itu.
-- BERNAMA
#Bazar Ramadan #Mahathir Mohamad #memandu sendiri #peniaga #Perdana Menteri #Stadium Darul Aman
;