Dr Mahathir tiba di Kuching untuk hadiri sambutan Hari Malaysia 2019

Bernama
September 16, 2019 02:44 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai dan para pemimpin akar umbi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri Sambutan Hari Malaysia. - Foto Berrnama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia 2019, di sini, hari ini.
Pesawat membawa Perdana Menteri dan isteri dari Kuala Lumpur mendarat pukul 10.20 pagi dan disambut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Turut berada di lapangan terbang ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jaul Samion.
Dr Mahathir turut dijadual menghadiri 'Jum Berambeh Bersatu' di Hotel Pullman, di sini sebelum bertolak ke Stadium Perpaduan untuk menghadiri sambutan dan menyampaikan amanat Hari Malaysia.
-- BERNAMA
#Abang Johari Tun Openg #Datuk Amar Douglas Uggah Embas #Hari Malaysia #Ketua Menteri #Kuching #Mahathir Mohamad #Malaysia #Perdana Menteri