Dr Mahathir 'pandu' kereta api laju Shinkansen di Jepun

Bernama
Ogos 8, 2018 13:24 MYT
Perdana Menteri kini berada di Jepun untuk lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, mengambil peluang merasai sendiri pengalaman mengendali simulator kereta api laju Shinkansen, di The Kyushu Railway Company (JR Kyushu).
"Di kemudahan latihan JR Kyushu semalam, saya mencuba sendiri simulator pemandu Shinkansen (kereta api laju).
"Ia sangat jitu dan mampu mensimulasi mengikut cuaca (hujan, salji) dan siang serta malam," catat Dr Mahathir menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

At the JR Kyushu training facility yesterday, I tried out the Shinkansen (bullet train) driver's simulator. It was very precise and able to simulate changes in weather (rain, snow) and day and night. pic.twitter.com/ZlVXxK9uXe

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video yang dihantar bersama catatan itu menunjukkan Dr Mahathir berada di tempat duduk pemandu sambil mendengar taklimat daripada seorang pekerja terlibat.
Perdana Menteri kini berada di Jepun untuk lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.
Beliau turut menyampaikan ucap tama di Japan Future Leaders School di Fukuoka pada Selasa.
-- BERNAMA
#API #fukuoka #Japan #Jepun #kereta #kereta api laju #Mahathir Mohamad #Oita #Perdana Menteri #simulator #Twitter #video
;