Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Fukuoka, Jepun, bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke negara itu.
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Fukuoka pada jam 7 pagi waktu tempatan.
Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Turut hadir, pegawai serta kakitangan Kedutaan Malaysia di Jepun.
Beliau dan isteri kemudian tiba di Hotel Nikko Fukuoka pada jam 7.45 pagi waktu tempatan.
BACA: Kunjungan Tun M ke Fukuoka atas permintaan Jepun
VIDEO: Ketibaan Tun Dr Mahathir di Fukuoka ditunda ke Rabu susulan amaran taufan
Lawatan kerja rasmi Perdana Menteri sebelum ini disingkatkan daripada tiga hari kepada dua hari ekoran amaran ribut taufan yang melanda negara itu.
Pada tengah hari, Dr Mahathir dijadual menyampaikan ucapan bertajuk 'Bagaimana Sains dan Teknologi akan menyumbang kepada Keamanan Dunia' di hadapan lebih 2,000 pelajar di Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun.
Rahimah Abdullah
Tue Aug 06 2019

Dr Mahathir tiba di Fukuoka hari ini bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari. --fotoBERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Insiden roda pesawat, satu daripada landasan Lapangan Terbang Fukuoka ditutup seketika
Pesawat ringan yang membawa empat penumpang dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Chofu di Tokyo pada awal hari itu.

Wanita tertua di dunia sambut ulang tahun kelahiran ke-119, harap boleh cecah usia 120 tahun
Momen indah tersebut diraikan wanita dari Jepun itu di kediamannya di Wilayah Fukuoka pada 2 Januari.

Ipoh mahu luaskan hubungan dengan bandar raya Fukuoka
Selain hubungan antara kerajaan melalui pertukaran pegawai dan pelajar, Perak mahu hubungan diperluaskan antara penduduk dengan penduduk.

Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park
TeamLab Future Park turut menyajikan hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak melalui orkestra cahaya, Sketch Town Papercraft yang menggunakan teknologi AR.