Dr Mahathir disekat orang ramai di bazar Ramadan Kampung Baru
Bernama
Jun 18, 2015 07:30 MYT
Jun 18, 2015 07:30 MYT
Kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada hari pertama berpuasa 'disekat' orang ramai.
Namun jangan disalah sangka, bekas Perdana Menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu ber'selfie' dan beramah mesra.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.
Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya.
Dr Mahathir (tengah) mengunjungi Bazar Ramadan Kampung Baru untuk membeli juadah berbuka puasa pada Khamis. - fotoBERNAMA