Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang

Fareez Azman
Jun 5, 2020 20:32 MYT
TUN MAHATHIR: Mereka disoal siasat itu tidak mengapa, tetapi kaedah yang digunakan itu salah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.
Ia susulan penahanan beberapa pimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang ditahan oleh badan kerajaan itu baru-baru ini.
BACA: Seorang lagi ahli Armada ditahan bantu siasatan kehilangan wang Syed Saddiq
"Mereka disoal siasat itu tidak mengapa, tetapi kaedah yang digunakan itu salah. Mereka (SPRM) dilihat memberi tekanan di mana salah seorang daripada pemimpin Armada ditahan selama empat hari. Ada seorang wanita turut disoal siasat di dalam bilik gelap oleh lima orang.
"Kita persoalkan kaedah mereka telefon saksi pada waktu malam dan berjaga sehingga jam empat pagi, itu adalah tekanan," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Jumaat.
Terdahulu, beberapa pimpinan Armada ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
#ARMADA #kerajaan #Mahathir Mohamad #Perikatan Nasional #politik #Putrajaya #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Syed Saddiq #tekanan
;