Dr Jemilah dilantik Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada PM

Hasimi Muhamad
Mac 31, 2020 18:01 MYT
Dr Jemilah yang juga pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) adalah pemenang ASEAN Prize 2019. - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan dengan pelantikan tersebut, Dr Jemilah bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan kesihatan.
Dr Jemilah yang juga pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) adalah pemenang ASEAN Prize 2019.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Aktivis kemanusiaan itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
#ASEAN #coronavirus #COVID-19 #kesihatan #koronavirus #mercy malaysia #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Tan Sri Dr Jemilah Mahmood #Universiti Kebangsaan Malaysia
;