Pensyarah Kanan dari Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Hazmi Mohd Rusli menjadi satu-satunya pensyarah universiti Asia yang dijemput ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat.
Jemputan itu adalah bagi menyampaikan ceramah berkaitan alam sekitar marin di laluan dagangan utama yang sibuk.
Menurut Dr Hazmi, seminar itu juga bertujuan bagi berkongsi kepakaran dan pandangan mengenai isu penjagaan alam sekitar marin di laluan perkapalan yang sibuk seperti di Selat Melaka dan juga laluan perkapalan artik utara merentasi Rusia, Kanada dan AS.
"Jemputan ini juga sebagai tanda dunia mengiktiraf kepakaran dari Malaysia dalam mengimbangi aktiviti perkapalan yang sibuk di Selat Melaka dan pada masa yang sama berjaya mengawal pencemaran alam sekitar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dr Hazmi menghadiri seminar itu pada 24 hingga 27 Sept tempoh hari di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan AS.
Kata beliau, jemputan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya dan USIM sebagai pusat rujukan pengajian undang-undang laut antarabangsa dan juga untuk Malaysia, sebagai sebuah negara yang sudah mengorak langkah dalam bidang ini.
"AS sangat mengagumi kemampuan Malaysia dalam bagaimana negara dapat mengawal aktiviti perkapalan Selat Melaka yang melibatkan laluan lebih 80,000 kapal perdagangan, sedangkan di Artik hanya melibatkan 1,000 kapal dagangan.
"Ini membuktikan pakar-pakar tempatan sudah diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa oleh negara-negara maritim utama seperti Rusia, AS dan Jepun," katanya.
Di masa hadapan, beliau berkata AS dalam perancangan menyediakan peruntukan kepada Malaysia dalam melakukan lebih banyak kajian melibatkan laluan dagangan yang sibuk.
Dr Hazmi pada tahun 2014 dan 2015, pernah diundang oleh kerajaan Rusia sebagai Profesor Pelawat di School of Law, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Russia. Perjalanan beliau ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Rusia.
Beliau juga pernah berkhidmat di Timor-Leste sebagai Pensyarah Pelawat di Universidade Nacional Timor Lorosa’e pada Mei 2015 dan September 2016.
Azyyati Ahmad
Mon Oct 03 2016
Dr Hazmi memberi ucapan di seminar tersebut di Kolej Bowdoin Brunwsick di Maine, AS. - Semua foto dari Hazmi Mohd Rusli
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso
Rumah atas air roboh, sembilan sekeluarga diselamatkan
Sembilan penduduk di Kampung Air Semporna berdepan detik cemas selepas rumah atas air mereka roboh pada Sabtu.
COVID-19: Benarkah sempadan negara poros?
Wilayah maritim Malaysia adalah lebih luas daripada wilayah daratnya, juga boleh menyebabkan kesukaran dalam mengurus dan mengawasinya.
Timor-Leste: Permata Asia Tenggara yang dilupakan
Pengalaman berkunjung ke Timor-Leste, negara yang sarat dengan memori perjuangan, kemerdekaan dan keindahan alam yang tidak ternilai.
Batu Puteh: 4 perkara setiap warga Malaysia perlu tahu
Setelah hampir 10 tahun, kebanyakan rakyat Malaysia mungkin telah melupakan kes Batu Puteh. Menurut Dr. Hazmi Rusli, penting untuk kita melihat semula implikasi keputusan ICJ ini.
Kembara ke Greenland dan Denmark: Tip penting untuk warga Malaysia
Tip dan fakta-fakta menarik yang perlu anda tahu sebelum melawat Greenland dan Denmark.