Dr Hatta Ramli: PR sedia hadapi PRU13

Astro Awani
Februari 25, 2013 17:05 MYT
Proses rundingan pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pas dan DAP untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah selesai.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli.
Tegasnya, Pakatan Rakyat (PR) kini bersiap-sedia untuk berhadapan PRU-13.
Pada masa sama, menurutnya, PR akan memastikan semua kerusi yang dipertandingkan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
Sejumlah 798 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi pembangkang kali ini.
Pada PRU-12 yang lalu, PR berjaya meraih 81 kerusi di Parlimen sekaligus menafikan BN undi majoriti di Parlimen.
#Manifesto Pakatan Rakyat #Pusat Konvensyen Shah Alam
;