Dr Asri: Ada ruang untuk berdialog tentang agama

Astro Awani
Ogos 20, 2013 08:35 MYT
Masih terdapat ruang untuk berdialog tentang isu agama di negara ini dan perkara ini turut dialu-alukan dalam agama Islam.
Ini adalah pendapat bekas Mufti Perlis dan pensyarah pengajian Islan Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Menurut Mohd Asri, apabila bercakap tentang soal dialog agama, kita seharusnya merujuk kepada Al-Quran.
"Al Quran berkata 'serulah kerja jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlan dengan mereka dengan cara yang baik'. Tuhan mencabar hamba-hambanya supaya datangkan hujah jika mereka orang yang benar.
"Tuhan sendiri minta dialog.Tuhan sendiri bagi ruang untuk orang lain untuk menjawab apa yang ada dalam Quran. Ia contoh betapa dialog sesuatu yang dialu-alukan oleh agama untuk membuktikan kekukuhan ajaran Islam," katanya.
Mohd Asri berkata berdialog adalah satu cara untuk membuatkan orang lain faham tentang Islam.
"Pertukaran pandangan tentang agama Islam dan agama lain dalam proses berdialog akan memberikan hasil yang terbaik," katanya.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#dialog #Dr Mohd Asri Zainal Abidin #Islam
;