Dr Amalina Bakri selamat bernikah di London
Faris Danial Razi
April 2, 2021 07:00 MYT
April 2, 2021 07:00 MYT
LONDON: Pakar bedah pelatih Dr Nur Amalina Che Bakri sah menjadi isteri kepada Alexander Charles selepas diijabkabulkan di sebuah masjid di London pada 31 Mac lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Amalina memaklumkan dirinya telah selamat melangsungkan pernikahan selepas akad nikah dilakukan di hadapan Imam Sheikh Faid M Said dalam upacara ringkas tetapi bermakna di London Central Mosque selepas beberapa kali ditangguhkan.
“Walaupun terpaksa menangguhkan nikah kami sebanyak tiga kali kerana perintah berkurung, kami berasa lega kerana kami dapat mengadakan upacara sederhana kami yang dihadiri oleh beberapa keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu, sesuai dengan peraturan COVID tempatan).
“Rancangan awal kami adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada bulan Mac (Malaysia) dan Jun (UK) tahun ini, namun kami menangguhkan majlis perkahwinan kami sehingga kami yakin semua orang dapat berada di sana.
“Kami tidak sabar untuk meraikan hari besar kami dengan orang tersayang dan rakan tidak lama lagi,” ucap Dr Amalina.
Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.
#Dr Amalina Bakri
#Alexander Charles
#berkahwin
#diijabkabulkan
#masjid di London
#Sheikh Faid M Said
#London Central Mosque