CHUKAI: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli di negeri itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan mendaftar.
Pengarahnya Marlini Sahul Hamid berkata program itu melibatkan 1,072 Orang Asli di tiga penempatan iaitu Sungai Berua, Hulu Terengganu; Sungai Pergam, Kemaman dan Sungai Sayap, Besut.
"Di Sungai Berua urusan pendaftaran lebih 300 penduduk sudah selesai. Hari ini dan esok kita akan selesaikan urusan di Sungai Pergam sebelum ke Sungai Sayap dalam masa terdekat.
"Setakat ini kami mendapat kerjasama baik daripada masyarakat Orang Asli sekali gus melancarkan urusan pendaftaran yang kini hampir selesai," katanya ketika ditemui pada program pengisian PADU bersama masyarakat Orang Asli di Sungai Pergam di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peratusan kemas kini harian PADU di Terengganu adalah keempat tertinggi selepas Putrajaya, Perlis dan Sarawak.
Menurut Marlini setakat 11 Feb, seramai 156,509 daripada 871,000 penduduk Terengganu yang berusia 18 tahun ke atas sudah mendaftar dengan sistem berkenaan.
"Daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 34,750 orang diikuti Besut (23,370), Dungun (21,601), Kemaman (19,651), Marang (17,994), Kuala Nerus (10,997) dan Hulu Terengganu (12,398).
"Pelbagai usaha dan kempen sedang dijalankan dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan orang ramai mendaftar dengan PADU sebelum 31 Mac depan," katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak menunggu saat akhir untuk mendaftar bagi mengelak tercicir daripada program bantuan atau subsidi oleh kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
DOSM Terengganu membantu penduduk Orang Asli mendaftar akaun dalam Pangkalan Data Utama (PADU) di Kampung Orang Asli Sungai Pergam, Kemaman, hari ini. - Foto Bernama
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.
Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani
Rakyat Perak diminta menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi mengembangkan semangat jati diri dan cintakan negara.
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.