Domo arigato, Anwar minta semua pihak 'move on'
Rahimah Abdullah
Julai 26, 2019 12:47 MYT
Julai 26, 2019 12:47 MYT
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyentuh kontroversi video intim yang mengaitkan nama timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam masa sama, beliau meminta semua pihak agar terus 'move on'.
"Kita move on. Domo arigato (terima kasih)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Simposium Ekonomi Malaysia di lobi Parlimen.
Reaksi Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak hanya menjurus pada isu video intim yang turut mengheret Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang memberikan kenyataan kontrversi selepas dibebaskan daripada reman.
Bahkan, Anwar juga diminta mengulas mengenai spekulasi yang bertiup kencang kononnya Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan meninggalkan PKR dan menyertai parti Gerakan.
Menurut Anwar, beliau langsung tidak mendengar berita kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bakal menyertai parti Gerakan.
“Apalah nak suruh bergaduh hari-hari. Dia (Azmin) sudah jawab tidak, tidaklah. Saya tak dengar (ura-ura Azmin keluar parti). Buat apa nak gaduh. Saya tak dengar, media yang beritahu, ” katanya .
“Tak payah la. Kita fokus. Tak payahlah (untuk komen lagi),” ujarnya lagi.
#ahli Parlimen
#Anwar Ibrahim
#Anwar Ibrahim jawab spekulasi Azmin tinggalkan PKR
#Azmin Ali
#GERAKAN
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#PKR