Dollah Kok Lanas meninggal dunia

Astro Awani
Jun 12, 2016 16:25 MYT
Abdullah pernah berkhidmat dengan dengan Perdana Menteri kedua selama 14 tahun bermula 1962. - Gambar fail
Veteran politik yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Berita Harian, Tan Sri Abdullah Ahmad meninggal dunia kira-kira 1.40 petang tadi.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Allahyarham juga merupakan bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak dilapor bertarung dengan penyakit kanser sejak setahun yang lalu.
Allahyarham berkhidmat dengan dengan Perdana Menteri kedua selama 14 tahun bermula 1962.
Pada 1974, Abdullah dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 1974-1976) setelah menang bertanding pilihan raya di Parlimen Machang.
Beliau kemudiannya menang kerusi Parlimen Kok Lanas, Kelantan pada pilihan raya umum tahun 1986.
Jawatan terakhirnya adalah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP (2002-2003).
Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Fauzah Mohamad Darus dan tiga orang anak.
#Abdullah Ahmad #Dollah Kok Lanas #Ketua Pengarang Kumpulan NST #Parlimen Kok Lanas
;