Seorang doktor pelatih yang menyamar sebagai anggota polis dengan mengenakan vest lut sinar berpangkat ASP diberkas polis selepas cuba menyamun seorang peniaga di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata selain doktor berusia 26 tahun itu, polis turut memberkas tiga rakan suspek, dua daripadanya masing-masing berumur 24 tahun dan 21 tahun, kesemua berasal dari sini.
"Dalam kejadian pada pukul 4.25 pagi itu, suspek pertama bersama-sama tiga penuntut kolej swasta yang menaiki kereta Mercedes berwarna perak miliknya bertindak menghalang kereta yang dipandu mangsa berumur 30 tahun di Jalan Dato Onn Jaafar," kata Sum kepada pemberita hari ini.
Suspek pertama yang memakai vest polis itu kemudiannya terus membuka pintu kereta mangsa dan menumbuk dada mangsa serta memberitahu bahawa dirinya seorang 'polis CID' dengan menunjukkan kad 'kuasa' sambil mempamerkan sepucuk 'pistol' yang sebenarnya pistol mainan di pinggangnya, katanya.
Beliau berkata suspek berkenaan meminta wang tunai RM350 daripada peniaga itu jika mahu 'selesai' selain mengugut akan membawa mangsa ke Balai Polis Sungai Senam di sini jika gagal memenuhi tuntutan itu.
Sementara itu, seorang daripada rakan suspek menaiki kereta mangsa dan mengikut mangsa menuju ke sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah bagi tujuan pengeluaran wang menerusi mesin ATM namun mesin berkenaan telah tutup.
"Suspek pertama kemudian meminta tambahan RM100 lagi selepas kecewa apabila mesin ATM tidak boleh digunakan.
"Mangsa mahu meminta tolong daripada rakannya tetapi tidak dibenarkan oleh suspek dan ketika itulah polis berkereta peronda tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan petugas Balai Polis Pekan Baru yang menerima maklumat orang awam," katanya.
Sum berkata pihaknya terus menahan keempat-empat suspek dan merampas sepucuk pistol penembak cicak, sarung pistol, gari dan kunci gari, vest polis, topi berlambang PDRM, lampu bikon dan kad Agensi Ranger Khas Malaysia.
Beliau berkata kesemua mereka yang tidak memiliki rekod jenayah lampau itu direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Suspek pertama yang beralamat di Semenyih, Selangor itu, merupakan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini sejak lebih setahun, katanya.
Bernama
Mon May 13 2013
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis